.
RSS

change...

Alhamdulillah akhirnya mood utk aq berblogging dah mai…emm kehidupan di matrik aq rasakan byk merubah diriku..insya-Allah menjadi insan yang lebih baik..membuatkan aku bersyukur ditempatkan olehNya di KOLEJ MATRIKULASI PERLIS meskipun jaraknya amatlah jauh dari Terengganu..perjalanan 12jam yang kurasakan kadang kala membuatkan aku mengeluh..bukan apa, penat dduk dlm bas menanti utk smpai ke detinasi…Ditambah lagi perasaan tdk sabar untuk smpai ke kampung halaman.

Lumrah hidup pasti ada ujiannya..begitu juga aku..kadang kala datangnya ujian semasa aku menuntut ilmu..alhamdulilah aku tidak byk mempunyai masalah dalam pelajaran tapi dgn orang sekelilingku…setiap orang ada ragamnya kan???begitu juga laa dgn roommate ku..terkadang kami tidak sekepala..tapi sifatku yang sering mengalah membuatkan aku yang selalu makan hati… penghuni bilikku 4 orang kesemua..memang mereka bertiga nampak sgt akrab membuatkan aku terkadang rasa terpinggir…

Pernah suatu malam aku amat terasa sehingga menitisnya air mata…terkenang pada kwn2 lamaku..walaupun terkadang kami tdk sekepala namun ikatan persahabatan kami tetap utuh… aku sgt merindui kalian…sungguh….bersyukur juga kepadaNya kerana memberi aku kekuatan utk menghadapi dugaan…kadang aku tertanya mengapa aku diuji sedemikian rupa..rupanya aku terlupa doaku sehari-harian supaya DIA memberi aku kekuatan dan ketabahan..mesej yang kuterima daripada Fadhilah membuat aku sedar…

Mesejnya berbunyi..

“kadang2 kita berdoa utk kuat tapi byk pula dugaan yang dtg, kadang2 kita minta utk cerdik tapi masalah pula yang bertandang, kadang2 kita minta untuk bahgia tetapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah. Hebatkan ALLAH…semuanya ada hikmahnya. Kalaulah manusia tahu hadis ini.. ‘telah berkata jibrail a.s “wahai Tuhanku, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah menjawab “biarkan hambaku itu, krna aku mencintai rintih suaranya” –Anas bin Malik R.A

Sungguh sekiranya aku tak diduga bgaimana mungkin hati ini akan kuat…masha-Allah hebatnya Allah..disebalik dugaan yang diberikan, DIA tetap memberikan aku beberapa rakan yang baik disisiku.. aku sekali lagi amat bersyukur…kadang terasa malu terkadang aku terlupa padaNYA tapi dia masih mengingatiku..kesenangan yang dikecapi  akan membuatkan kita leka dan melupainya..namun aku yakin segala terjadi pasti ada hikmahnya..sesungguhnya DIA lebih mengetahui tentang sesuatu sedangkan kita sbgai hambanya yang lemah yang menginginkan rahmat dan kasih sayang daripada-Nya. Walaupun byk masalah namun aku tidak pernah menyesal memilih MATRIK sbgai tmpat utk aku melanjutkan pelajaranku..sesungguhnya Allah mengetahui bahawa dimatriklah tmpt terbaik untuk aku menyambung pelajaranku…

Aku menemui hikmah disebalik kejayaan spm ku..aku tefikir skiranya aku diberikan olehNYA straight A’s mgkin aku akan memilih sbjek sains sdangkan aku tdk berminat atau mgkin aku akan merasa selesa dgn keputusan yang aku terima…betul bukan…????

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment